Pages

Thursday, 27 March 2014

Hati cakap nak, Iman cakap tak nak

Besar tak strawberry saya ? onom nom nom 
Kadang-kadang saye wonder, 'Isk kenapa jeans untuk girl mesti ketat?'
Haa mana taknya tiap kali kalau nak cari jeans banyak je yang berkenan di hati tapi bila try kat fitting room macam... *krik krik krik*

Hati : Cantik bai, beli la beli la.
Iman : Isk, tak yah Iffah, ketat tu. Nampak bentuk kaki
Hati : Ala bukanye ketat sangat tu, ok je tu beli la.
Iman : Tak payah Iffah !

Waktu tu la tau betapa tinggi or rendahnya iman.
Waktu tu la baru tau kita sayang Allah ke tak.
Waktu tu la baru tau kita ni takut tak akan azabNya.

Situasi ni berlaku jugak time waktu nak beli dress, tapi tak selalu.
Situasi ni selalu berlaku time nak beli jeans. So last sekali, saya akan beli jeans lelaki, sebab jeans lelaki longgar and tak nampak bentuk kaki.

'Tak apa la Iffah, kau pakai apa2 yang kau nak kat syurga nanti' - Ayat saya untuk nak pujuk hati :')

Semoga Allah redha.

No comments: