Pages

Saturday, 20 April 2013

Apabila rindu.

Pabila rindu datang tanpa diundang,

Saya masak karahi, dengan harapan rasa sama dengan masakan beliau.
Saya masak bubur, dengan harapan rasa sama dengan masakan beliau.
Saya masak mutabak, dengan harapan rasa sama dengan masakan beliau.
Saya masak karipap, dengan harapan rasa sama dengan masakan beliau.

Saya rindu, saya rindu sangat dekat mummy saya.

---

Isk kenapa la homesick sangat ni Zatul, check balik hubungan dengan Allah

Sedang menangis sambil makan bubur yang saya masak yang rasanya sama seperti bubur mak saya

2 comments:

Nor Izzati said...

Perasaan rindu tu tak salah, tu kan fitrah manusia?
Rindu dan sayang kat mummy tu pun, suruhan Allah jugak kan?

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman ayat: 14]

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." [Surah al-Isra' ayat: 23]

Eh, panjang lah pulak. Hehe

'Musafir' said...

hah...
nak komen panjang2 malas...
nah dengar dan hayati lagu nie

http://www.youtube.com/watch?v=i1vNSNfT5CE